Ada beberapa hal
yang harus kita ingat agar tidak ada dendam yang berkembang dalam hati jika ada
orang melakukan sesuatu yang buruk pada kita sehingga kita merasa sangat sakit hati
yang melampau. Antaranya ialah:
- Ingatlah dosa-dosa kita. Kerana tidaklah keburukan menimpa kita melainkan kerana dosa-dosa kita. Oleh itu sibuklah dengan taubat dan istighfar daripada sibuk mencari cara untuk membalasnya.
- Ingatlah pahala yang sungguh besar bagi orang yang mau memaafkan dan bersabar. “Barangsiapa yang memberi maaf dan melakukan kebaikan, maka pahalanya di sisi Allah.” (QS. Asy Syuuraa: 40)
- Ingatlah bahawa memaafkan dan berbuat baik akan membuat hati kita bersih dari keinginan buruk, hasad dan dendam.
- Ingatlah bahawa dendam akan membuat jiwa menjadi hina, sedangkan memaafkan akan membuat jiwa menjadi mulia. “Tidaklah Allah menambah kepada seorang hamba dengan sikap memaafkan melainkan kemuliaan” (HR Muslim)
- Ingatlah bahawa balasan yang kita akan dapatkan sesuai dengan perbuatan yang kita lakukan. Kita pun pasti pernah berbuat zalim. Jika kita memaafkan, Allah pun akan memaafkan kita.
- Ingatlah bahawa menyibukkan diri dengan dendam akan menghabiskan waktu dan membuat hati menjadi tidak fokus. Sehingga banyak hal bermanfaat kita tinggalkan.
- Ingatlah bahawa Rasulullah ﷺ tidak pernah sekali pun dendam kerana urusan peribadinya. Jika itu terjadi kepada orang yang paling mulia, bagaimana dengan kita?
- Ingatlah bahawa sabar adalah sebahagian dari keimanan. Jika kita bersabar, bererti kita sedang menjaga iman kita.
- Ingatlah bahawa jika kita bersabar, maka Allah pasti akan menolong kita.
- Ingatlah boleh jadi jika kita membalas perbuatan buruknya akan membuatkan keadaan bertambah buruk.
- Ingatlah bahawa kesabaran itu akan menjadi penggugur dosa kita. Dan itu tidak akan kita dapatkan jika kita tidak bersabar apatah lagi jika dendam dilempiaskan.
- Ingatlah bahawa sabar dan tidak membalas adalah kebaikan yang akan melahirkan kebaikan yang lain, dan kebaikan itu akan melahirkan kebaikan lagi dan begitu seterusnya. Kerana di antara balasan kebaikan itu adalah kebaikan berikutnya.
- Ingatlah jika kita bersabar, maka itu akan menjadi sebab orang yang telah berbuat zalim kepada kita menyesal dengan tindakannya, malu dan boleh jadi akan mencintai kita kerana kesabaran kita. “Balaslah keburukan itu dengan yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang tadinya antara kamu dan dia ada permusuhan, menjadi seolah-olah seperti teman yang dekat.” (QS. Fushilat: 34)

Comments
Post a Comment