Resepi Air Asam Tomato

Assalammualaikum

Minggu ni sebenarnya my first week untuk Latihan Industri. Dan baru seminggu dah nak balik kampung. Aku praktikal di Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Kinabalu. Ngam juga parents aku datang melawat aku. So terdetik pula di hati nak ikut pulang kampung sekali. So, hari ni dah kena balik KK dah tapi sebelum balik ni menyempatkan diri buat something.

Pagi tadi bapa aku beli ikan putih dua ekor. Dia suruh aku bakar. Dah siap bakar dah. Tapi kurang padu lah kata Pian kalau setakat makan macam tu tu saja. Aku pun buatlah cicah dia biar padu time nak makan nanti. Nak buat sambal, dah banyak sambal aku buat. Kali ni nak buat yang simple tapi sedap lagipun aku nak balik dah tengahari ni. Kelam-kabut sikit. Inilah dia Air Asam Tomato.

BAHAN-BAHAN

1- Tomato 5 biji 
2- Limau kasturi 10 biji
3- Lada 10 - 15 biji
4- Garam
5- Gula
6- Air 1/2 cawan

CARA PENYEDIAAN

1- Sediakan lesung batu yang besar sebab kita nak sajikan air asam ni nanti dalam lesung. Terserahlah nak guna lesung batu atau kayu yang penting besar boleh muat semua bahan ni nanti.

2- Masukkan lada dan tumbuk sehingga lumat dan masukkan garam dan gula. Setelah itu baru masukkan potongan tomato tadi tapi tak perlu tumbuk hancur sangat. Biarkan masih ada bentuk potongan tadi.

3- Potong limau kasturi kemudian perah ke dalam lesung tadi dan kulitnya campak saja dalam lesung sekali.

4- Kemudian seimbangkan rasa air asam korang. Kalau ikut tekak aku memang nak rasa masam dan pedas. Kan dah namanya air masam, mesti pedas.

5- Last sekali masukkan setengah cawan air dan kalau nak tambah padu masam dia, tambahkan air asam jawa. Kalau tak padu juga aku rasa lidah kau dah problem.

*untuk pembaca semua resepi aku sebelum ni aku minta maaf sebab resepi-resepi sebelum ni dah hilang setelah aku berpindah dari Wordpress ke Blogger. Insya Allah aku akan update sikit-sikit pasal resepi ni semula.

Comments