MASALAH CIMB CLICKS MALAYSIA TAK DAPAT BUKA DI INDONESIA

Assalammualaikum....

Hari ni aku nak tulis pasal CIMB Clicks Malaysia yang menjadi keluhan kepada rakyat Malaysia yang berada di Indonesia terutama sekali student. Dah hampir sebulan aku di Bandung setelah lama bercuti di kampung. Aku sampai saja di Bandung aku try buka CIMB Clicks sebab nak topup number Celcom & Maxis aku. Dah masuk username try login loading memanjang tapi tak dapat masuk. Dia jadi macam dalam gambar ni. 

Dah macam-macam cara aku buat dari restart, reinstall, format handphone, try hubungi CIMB Malaysia melalui Facebook, Insta, Twitter dan email. Janji nak call aku tapi sampai sekarang CIMB tak call aku pun. Aku try tanya kawan lain yang kononnya dapat buka dan tanya macamana dia buka. Dia cakap uninstall apps CIMB Clicks yang ada dalam handphone kemudian download dari Google. Maksudnya bukan yang dari Playstore. Mulanya takut juga tapi disebabkan terdesak aku download jugalah apk yang ada dari satu website tu. Aku try install dan memang berjaya dapat buka. Tapi, esok harinya CIMB Clicks buat update pula. Mahu tak mahu kena update juga. Pas update masalah berulang dan tak dapat login lagi.

Kemarin CIMB ada email aku minta list ni:
a) Nombor kad pengenalan (lama & baru)
b) Nombor kad ATM (16 angka yang tertera di belakang kad ATM)
c) Nombor telefon
d) Lampiran Paparan untuk "Error Code / Error Message" yang diterima  
e) Tarikh & masa cuba mengekses CIMB Clicks 
f) Lokasi anda sekarang 

Aku tak kasi lagi sebab malas dan leceh bagi aku. Tapi aku terfikir juga setiap kali aku tanya apa masalah CIMB Clicks ni tak dapat buka mesti dorang akan tanya lokasi aku sekarang di mana. Dan kenapa orang di Malaysia dapat buka dan dari negara lain pun dapat buka. Dari sini aku terfikir nak tukar server. Maksudnya aku tak akses melalui server Indonesia tapi pakai server Malaysia. How? Okay ni aku nak share untuk korang semua especially yang sekarang duduk kat Indonesia.

STEP 1
Masuk ke Playstore dan cari apps VPN. Banyak saja pun apps VPN dalam Playstore ni. Tapi aku pakai yang ni Turbo VPN. Aku rasa yang ni paling senang nak pakai. Kalau dah jumpa bolehlah download. Boleh click terus link ni kalau malas nak cari. Benda senang pun kau malas nak buat. Leceh lah. https://play.google.com/store/apps/details?id=free.vpn.unblock.proxy.turbovpn

STEP 2
Kalau dah selesai install boleh lah buka. Kalau kau buka rupa dia macam ni, tu ertinya yang kau download tu dah ngam. Ada gambar arnab telinga panjang colour orange tengah duduk tunggu bas. Dan jangan dulu gatal tangan nak tap CONNECT. Tap icon bumi kat atas sebelah kanan tu dulu.


STEP 3
Lepas tu tap pilih sebelah kanan FREE bukan FASTERS SERVERS. Sebab FASTER SERVERS tu berbayar. Muka macam kau yang selalu rembat colgate housemate ni sedar diri sikit. Pakai yang free saja. Okay tadi aku cakap aku nak pakai server Malaysia tapi dalam ni tak ada server Malaysia pun. So, kau pilih lah server yang paling kau suka walaupun ni first time kau pakai benda ni kan. Kalau aku tadi, aku pakai server Netherland.

STEP 4
Sekarang baru kau boleh tap CONNECT. Lepas tu kau akan nampak arnab yang tadinya tunggu bas terpaksa berlari setempat sementara di bawah tertera tulisan CONNECTING....

STEP 5
Tak sampai seminit kau akan terus CONNECTED ke server pilihan anda. Dan arnab tadi acah-acah santai tunggu kura-kura padahal penat. So, Terima Kasih Arnab! Sebab dia lari kita dapat masuk server negara lain. Masa ni kalau kau buka Google secara tak langsung kau dah pakai server Netherland. Alaaaa! Susahlah nak fahamkan kau ni. Macam kau sekarang ni buka internet apply BR1M dari Netherland lah maksud aku walaupun kau cuma study kat Indonesia. Untung juga arh dapat jumpa Genji Jawa.


STEP 6
Dah connected bolehlah buka CIMB Clicks sama ada nak pakai USERNAME ataupun FINGERPRINT. Aku pilih pakai fingerprint sebab handphone aku canggih tak macam handphone kau. Dah dekat 2020 pun masih pakai Samsung Corby.


STEP 7


Login SUCCESS! Okay, dah boleh topup number Celcom, Maxis, Digi atau apa-apa lah. Dan jangan lupa transfer bayar hutang terutama hutang member. Dan paling penting juga hutang puasa kau tahun lepas. Ramadhan dah semakin hampir. Perempuan terutamanya. Yang lelaki ni aku tak tau lah apa pasal ada hutang puasa. Kalau perempuan kita faham lah datang haid. Lelaki ni selalunya hide. Yang faham tu faham lah....

Okay aku share benda ni sebab apa yang aku buat ni berjaya dan aku dah boleh login CIMB Clicks sampai sekarang. Kalau yang tak dapat juga boleh tinggalkan komen di ruang komentar lah. Aduh tu pun kena ajar....

Comments