Jumaat. Aku hampir lupa hari ni hari Jumaat. Aku leka dengan PUBG semata-mata untuk mendapatkan "Chicken Dinner". Aku terdengar suara housemate memanggil dan mengetuk pintu mengingatkan untuk ke masjid menunaikan sholat Jumaat. Aku bergegas mandi kemudian bersiap untuk ke masjid. Aku terus mengenakan pakaian kuliah kerana rencana ku selepas sholat Jumaat aku akan terus ke fakulti nak bertemu lecturer untuk bimbingan penulisan ilmiah BAB II.
Aku menuju ke masjid yang hampir dengan fakulti. Seperti biasa, selama aku di Tanah Jawa ni setiap kali sholat Jumaat pasti masjid akan penuh sehingga ada yang sholat di jalan. Aku hanya dapat duduk di luar masjid dan mendengarkan khutbah yang isinya aku juga tak susah nak faham sebab kurang jelas dan kadang diselit dengan bahasa Sunda ditambah pula dengan gangguan tawa kanak-kanak yang tak sudah-sudah dengan ketawa dan berlari-lari keluar masuk masjid. Tapi aku tak kesah kerana itulah kanak-kanak yang normal.
Sedang aku cuba berusaha mendengar dan memahami khutbah yang disampaikan tiba-tiba datang seorang ibu sambil menggendong anaknya yang aku kira sudah berumur 6 tahun. Masih anak tersebut beliau gendong, dia melepaskan selipar anak tersebut kemudian diangkatnya ke beranda masjid sambil beliau berhati-hati melangkah kakinya takut terpijak kasut jama'ah yang lain. Dia dudukkan anaknya di pinggir tiang masjid dengan rapi dan berpesan,
"Denger ya khutbahnya. Nanti kalo semua udah berdiri mau sholat, adek ikut sholat juga ya. Ibu tunggu adek di sini depan warung sambil liat adek."
Anak itu akur dan beliau aku lihat menuju ke warung dan berteduh dari panasnya matahari sambil memerhati anaknya. Dalam hati aku berkata sungguh hebat ibu ini! Sanggup beliau gendong anaknya dibawa ke masjid untuk sholat Jumaat. Kemudian ditunggunya pula dalam keadaan beliau sendiri berpanas.
Tak lama setelah itu, beliau menghampiri anaknya kemudian mengusap lembut pipi anaknya dan dirapikan kopiah yang menutup kepala anak tersebut. Beliau menuju ke warung kemudian membeli segelas air mineral. Aku berfikir pasti dia haus apa lagi menunggu dalam keadaan berpanas. Namun tekaan aku salah. Beliau hampiri lagi anaknya dan memberi air minum tersebut kepada anaknya dan diminumlah sehingga habis. Ibu yang hebat!
Bilal melaungkan iqamah. Semua berdiri masuk ke saf dan ada juga yang berusaha masuk ke dalam masjid untuk mendapatkan saf jika ada yang masih kosong. Imam mengangkat takbir dan diikuti oleh semua jama'ah.
Selesai sholat aku terus berdiri menuju ke pintu keluar. Aku memakai kasut dan agak terburu-buru sebab dah janji dengan lecturer jumpa lepas sholat Jumaat. Ketika aku menyarungkan stokin sebelah kiri aku terpandang lagi semula ibu tadi dan anaknya berdiri di tangga masjid. Aku tertanya-tanya apa yang beliau tunggu lagi. Sholat pun dah selesai. Aku pun memperlahankan pergerakan dan menunggu sebab nak tahu apa lagi yang ditunggunya.
Masih berdiri sambil menunggu jama'ah semua keluar dari masjid. Setelah masjid agak kurang padat, beliau pun memimpin tangan anak masuk. Aku dah macam detective terintip-intip kelakuan anak-beranak tersebut. Aku cuba meneka yang beliau mahu menghantar anaknya mengaji sebab anak-anak di sini selalu mengaji di masjid. Tapi, sekali lagi tekaan aku salah. Rupanya beliau membawa anaknya mendekati tabung masjid. Aku dengar pesan beliau kepada anaknya,
"Ini uangnya adek jangan lupa juga untuk dishodaqohkan ke masjid ya." Sambil diajar anaknya memasukkan duit ke dalam tabung. "Udah ya dek. Yuk kita pulang." Anaknya menganggukkan kepala.
Aku menarik nafas panjang selepas melihat peristiwa yang berlaku sangat luar biasa ini. Ya Allah, hebat sekali beliau mendidik anaknya. Diajarnya untuk sholat berjama'ah, diajarnya juga bersedekah. Semoga anak tersebut tumbuh besar dengan baik dan menjadi anak yang sholeh dan selalu berbakti kepada orang tuanya. Semoga kita juga dikurniakan zuriat dan keturunan yang baik kelak.
Aku sempat ambil gambar ibu yang hebat tu dan juga anaknya.
![]() |
| Semoga kau menjadi anak yang berbakti kepada orang tua mu kelak. |






Comments
Post a Comment