Hari ni aku minta izin awal
dengan Ustaz Asmuni untuk pulang awal sebab aku mahu pulang ke kampung. Ibu dan
ayahku datang melawat aku tadi kerana ingin tahu bagaimana keadaan ku yang baru
lima hari dalam latihan industri.
Jam sudah menunjukkan pukul 3:30 petang. Aku berfikir lebih baik sholat Asar dulu sebelum keluar. Disebabkan malas untuk ke masjid, aku sholat di dalam pejabat saja. Selesai saja azan aku langsung mengangkat takbiratul ula. Setelah salam aku berwirid ringkas dan doa yang tidaklah panjang. Langsung aku kemas barang-barang ku dan minta izin kepada Ustaz Asmuni untuk keluar. Dalam masa yang sama rakan sekelas ku yang juga menjalankan latihan industri di pejabat yang sama ikut untuk keluar awal. Entah kenapa hari ini semuanya keluar awal malah ada lebih awal dari kami berdua.
Sudah berapa lama kita melaksanakan sholat fardhu tetapi hanya mendirikannya di rumah, pejabat atau sebagainya sedangkan masjid hanya bersebelahan tempat kita. Sudah berapa lama kita merasa senang melaksanakan sholat fardhu di rumah sedangkan itu hanya menggambarkan kemunafikan diri kita.

Tanpa membuang masa aku terus
menghidupkan enjin motor ku untuk pulang ke rumah pakcik ku kerana ibu dan ayah
ku sedang menunggu aku. Sudah seminggu aku menginap di rumah pakcik ku kerana
dia tidak mahu aku menyewa tempat tinggal lagi supaya duit yang aku save untuk
sewa rumah dapat digunakan untuk keperluan lainnya.
Sampai saja di halaman rumah,
terlihat ibu dan ayahku sedang berbual-bual dengan makcik ku. Ayah menyuruh aku
lekas mengambil barang kerana dia mengejar waktu Maghrib. Selepas minta diri,
kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Penyu yang merupakan di situlah kampun
halaman ku. Lama dalam perjalanan sepertinya masa sangat cepat memotong
kelajuan kereta yang dipandu dengan kelajuan 120km/j. Ayahku singgah di sebuah
masjid di daerah Bongawan walaupun masih ada 20 minit lagi masuk waktu sholat
Maghrib.
Aku turun dari kereta dan terus
menuju ke ruang wudhu'. Disebabkan azan lebih kurang dalam 15 minit lagi, aku
pun duduk santai sebentar di luar masjid. Sedang duduk sambil meregangkan urat
badan, datang seorang jamaah tua bertongkat. Perlahan sekali langkahnya.
Bezanya dia dan aku, dia langsung mendirikan sholat sunat sedangkan aku lebih
melayan rasa penat ku. Melihat perbuatannya dari luar pintu kaca, aku pun ikut
mendirikan sholat sunat.
Ketika dalam sholat, sepertinya
ada jama'ah lain baru datang dan
mendirikan sholat sunat tepat di sebelah ku. Selepas salam aku memandang ke
arah kananku untuk melihat siapa di sebelah ku tadi. Ternyata orang tua tapi
bukan orang tua tadi. Dia pun bertongkat dan sholat menggunakan kerusi. Aku
melihat di sekeliling masjid ternyata ada beberapa orang warga tua lagi yang
perlahan pergerakannya dating ke masjid untuk sholat berjama’ah di masjid. Tak
lama setelah itu, bilal melaungkan iqamah. Aku besarkan langkah ku untuk
merebut saf pertama tepat di belakang imam. Aku perasan ma’mum di sebelah ku
duduk tidak berdiri mungkin kerana ada keuzuran. Aku mencuri pandang ke bawah
sebelah kiriku.Ternyata dia mengalami kecacatan fizikal pada kaki dan tangan.
Imam mengangkat takbir, aku fokus semula kepada sholat Maghrib.
Selesai saja sholat Maghrib aku
bangun melangkah ke beranda masjid dan duduk. Aku masih memikirkan dengan
orang-orang yang membuatkan diriku tersentap tadi. Dengan uzurnya, dengan fizikal
yang kurang sempurna, orang-orang ini masih mampu datang ke masjid untuk sholat
berjamaah. Sedangkan aku tanpa keuzuran dan kekurangan fizikal, masjid hanya
bersebelahan pejabat masih malas untuk melaksanakan sholat fardhu berjamaah.
Tiada alasan sama sekali untuk aku tidak ke masjid jika dibandingkan dengan
orang-orang yang dilihatkan oleh Allah kepada ku sebelum sholat Maghrib tadi.
Aku teringat ada hadith menyebut
tentang meninggalkan sholat berjama’ah. Aku cuba mencari hadith yang terkait dengan apa yang aku maksudkan.
Dari Abdullah bi Mas'ud r.a dia berkata, "Kami berpendapat bahawa tidaklah orang yang meninggalkan sholat (jama'ah) kecuali orang munafiq yang jelas kemunafiqannya, atau orang sakit, kerana jika dia sakit tentu boleh berjalan dengan dipapah oleh dua orang sehingga dia boleh menghadiri sholat (jama'ah).
Kata Abdullah bin Mas'ud, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita sunnatul huda. Di antara sunnatul huda adalah sholat berjama'ah di masjid tempat dikumandangkan azan. (HR. Muslim)

“Aku telah melihat bahwa orang
yang meninggalkan shalat jama’ah hanyalah orang munafik, di mana ia adalah
munafik tulen. Karena bahayanya meninggalkan shalat jama’ah sedemikian adanya,
ada seseorang sampai didatangkan dengan berpegangan pada dua orang sampai ia
bisa masuk dalam shaf.” (HR. Muslim no. 654).
Dan sebuah lagi hadith,
“Cukup disebut seseorang memiliki
tanda munafik jika ia adalah tetangga masjid namun tak pernah terlihat di
masjid.” (Fathul Bari karya Ibnu Rajab 5: 458 dan Ma’alimus Sunan 1:
160. Lihat Minhatul ‘Allam, 3: 365)
Sudah berapa lama kita melaksanakan sholat fardhu tetapi hanya mendirikannya di rumah, pejabat atau sebagainya sedangkan masjid hanya bersebelahan tempat kita. Sudah berapa lama kita merasa senang melaksanakan sholat fardhu di rumah sedangkan itu hanya menggambarkan kemunafikan diri kita.
Comments
Post a Comment