MUDAH LUPA? JAUHI MAKSIAT!

Pada suatu kesempatan Syaikh Muhammad bin Abdillah Al-Imam pernah ditanya oleh seseorang,

“Saya orangnya cepat lupa dalam menghafal, apakah solusinya untuk hal ini?”

Beliau menjawab:

“Kita semua pernah lupa, tidak ada seorang manusia pun yang terkecuali dari lupa. Dan lupa ini memberi manfaat dan hal-hal yang berguna bagi seorang hamba. Namun dalam sebahagian hal, lupa itu tidak memiliki manfaat. Namun manfaat dari adanya lupa ini lebih besar daripada keburukan yang ditimbulkannya bagi manusia.”

Walau bagaimanapun, seseorang hendaknya berdoa kepada Allah untuk menguatkan hafalannya, kerana segala kurnia itu datangnya dari Allah. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan kemurahan Rabb-mu tidak dapat dihalangi”
(QS. Al Isra: 20)

Maka kurniaan (berupa hafalan yang baik) itu tidak terbatas pada orang-orang tertentu saja, bahkan kurniaan Allah itu luas. Maka berdoalah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. Kemudian juga, seseorang hendaknya mengambil sebab-sebab yang boleh menjadikan kuatnya hafalan. Kerana cahaya itu ada pada hati dan akal. Inilah yang merupakan sebab terbesar untuk kuatnya hafalan. Semakin jauh seseorang dari maksiat, semakin kuat hafalannya. Ini tidak diragukan lagi kerana berlaku bagi orang yang masih muda. 

Adapun orang yang sudah berusia lanjut, maka hafalan itu menjadi suatu hal yang berat sekali dan akan sering sekali lupa. Tentu ini kerana usianya yang sudah tua. Kerana ketika usia mulai tua, semua anggota tubuh mengalami perubahan, semuanya mengalami kelemahan dan kekurangan lainnya. Dan kelemahan juga terjadi pada ingatan. Oleh kerana itu, seseorang hendaknya mengambil sebab-sebab yang boleh menjadikan kuatnya hafalan. 

Comments