Ilmu sangat penting bagi manusia.
Baik ilmu dunia mahupun ilmu agama, kerana ilmu mampu meningkatkan darjat
manusia. Allah berfirman,
“Allah akan meninggikan orang-orang
yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat”
[Al-Mujadilah: 11]
Kerana ilmu ini yang boleh
mengarahkan orang untuk beramal dengan amal yang benar. Jika tidak berilmu,
bagaimana kita beramal? Ath-habari rahimahullahu berkata,
“Allah mengangkat darjat orang
beriman yang berilmu di hadapan orang beriman yang tidak berilmu kerana
keutamaan ilmu mereka, jika mereka mengamalkan ilmu tersebut.”
Salah satu keutamaan ilmu juga
sebagaimana dalam ayat berikut.
Mereka menanyakan kepadamu, “Apakah
yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah, “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan
(buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajari dengan
melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan
Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah
nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya) dan bertakwalah kepada Allah,
Sesungguhnya Allâh amat cepat hisab-Nya.” [Al-Maidah: 4]
Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa
anjing yang “berilmu/terlatih” (kalbun mu’allam/anjing terlatih) dihalalkan
buruannya padahal anjing berburu dengan gigitan mulut dan ada air liurnya.
Beliau berkata,
“Allah Subhanahu wa Ta’ala
menjadikan buruan anjing yang “bodoh/tidak dilatih” sebagai bangkai yang haram
di makan dan Allah membolehkan buruan anjing terlatih. Hal ini menunjukkan
kemuliaan ilmu.”
Banyak orang yang sangat ingin
berilmu dan menjadi orang yang memiliki ilmu, akan tetapi mereka tidak tahan
dengan lelah dan letihnya menuntut ilmu. Ilmu tidak mungkin didapatkan hanya
dengan bersantai tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Yahya bin Abi Katsir
rahimahullah berkata,
“Ilmu tidak akan diperoleh dengan tubuh
yang santai (tidak bersungguh-sungguh)”
Semakin tinggi cita-cita kita, maka
semakin sedikit juga waktu luang dan waktu untuk badan kita bersantai-santai.
Maka kejar dan carilah ilmu selagi diberikan peluang apatah lagi di usia muda.

Comments
Post a Comment