“Hei, kalau nak bergurau tu agak-agaklah! Kena ada batasnya juga. Kalau
aku jatuh betul-betul tadi macamana? Kau nak tanggung?
Tidak boleh menakut-nakutkan seseorang
Muslim meskipun hanya bertujuan untuk bergurau.
“Tidak boleh salah seorang dari
kalian mengacukan senjata kepada saudaranya, kerana dia tidak tahu boleh jadi syaitan
menghempaskannya dari tangannya, hingga dia jatuh ke dalam jurang Neraka” (Muttafaqun
Alaih).
Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkata:
“Begitu pula yang dilakukan oleh
sebahagian orang yang kurang akalnya, dia naik kenderaan dengan laju menuju ke
orang yang sedang berdiri atau duduk atau tidur, dengan maksud bergurau, lalu
dia belokkan dengan cepat ketika sudah dekat dengannya agar tidak melanggarnya.
Maka ini juga dilarang, dan ini
seperti tindakan mengacukan senjata, kerana dia tidak tahu, boleh jadi syaitan
mengambil kendali dari tangannya, sehingga dia tidak dapat mengendalikan kenderaannya,
dan ketika itulah dia jatuh ke dalam jurang neraka.
Dan di antara contoh lainnya lagi,
bila seseorang mempunyai anjing, dan ada orang lain yang berkunjung kepadanya
atau tujuan yang semisalnya, lalu dia memerintahkan anjing itu mendekat kepada
orang tersebut, kerana boleh jadi anjing itu lari dan menggigit orang tersebut
atau melukainya, dan si pemiliknya tidak mampu menyelamatkannya setelah itu.
Kadang sering juga dilakukan ketika
temannya sedang duduk atau berdiri, dengan tiba-tiba dia menolak temannya yang
sedang duduk itu sehingga benar-benar hampir jatuh kemudian dia menarik semula.
Sama halny trend sekarang yang mana
ramai gemar meniru dan melakukan prank
kepada orang lain. Bukan hanya kepada teman sendiri malah berani membuat prank
yang berbahaya kepada orang lain juga.
Fikirkan semula, meskipun perkara
sebegini hanyalah gurauan semata dan ada yang beranggapan ianya sudah pun
dirancang tidak akan akan mendatangkan musibah tetapi bagaimana jika apa yang
dirancang itu tidak seperti apa yang kita jangkakan? Oleh itu, manusia dilarang
melakukan semua sebab atau jalan kebinasaan, baik dilakukan secara sungguhan
ataupun gurauan”.

Comments
Post a Comment