Assalammualaikum....
Pertama sekali aku nak minta maaf kepada semua sebab dah jarang sangat publish tulisan. Aku sibuk dengan Latihan Industri selama sebulan ni. Minggu depan aku dah kena balik ke Indonesia pula dan kena lanjutkan lagi praktikal selama sebulan juga. Memang tak akan ada masa untuk publish tulisan.
Kedua, adalah perkara utama yang aku nak cakap mengenai mereka yang tanya untuk sambungan cerpen LPT yang selanjutnya hilang ke mana? Maaf kerana tertunggu-tunggu dalam masa yang aku akui memang cukup lama. Untuk LPT aku minta maaf sangat-sangat sebab aku terpaksa hentikan menulis cerpen ni atas sebab masalah peribadi aku sendiri. Maaf, aku tak mampu untuk teruskan LPT. Aku dah cuba untuk menulis tapi tak mampu untuk teruskannya apalagi bila ada sesuatu yang hilang dalam diri aku sendiri yang aku tak mampu untuk hadap.
Terima kasih....

Comments
Post a Comment