Cerpen: Lukisan Potret Terakhir (Part 4)



"Assalammualaikum warahmatullah. Assalammualaikum warahmatullah." Tangannya ditadah, mulutnya terkumat-kamit meminta dan mengadu kepada Rabbnya. Tak lama setelah itu dia mengusap wajahnya dan melipat kain pelikat yang dia jadikan sebagai sejadah. Dia melabuhkan punggungnya di katil dan duduk diam seketika. Diambilnya dompet di meja belajar lalu membukanya.

"Aduh, duit dalam wallet dah nak habis! Malas pula nak ke bank petang ni" dia merungut kemudian bermonolog.
"Mau tak mau kena pegi bank juga ni. Esok aku nak lunaskan sewa rumah ni biar tak ada benda lagi aku nak fikir pasal rumah ni."

Dia membuka kopiah yang dipakai dan diganti dengan cap putihnya. Azam menyandang beg kecilnya lalu melangkah keluar bilik dan keluar rumah hendak pergi ke bank. Jarak bank dari rumah sewanya agak jauh jika berjalan kaki. Biasanya dia akan menaiki angkot iaitu singkatan kepada 'Angkutan Kota' yang merupakan kenderaan awam seperti mini bus. Tak lama dia pun sampai di sebuah supermarket yang mana di supermarket itulah adanya mesin ATM. Dia membuka pintu dan melihat srcreen ATM yang menghampakannya. 'Machine Temporarily Out of Service'.

"Arghhhh! Apsal lah time ni juga dia problem!" dia kecewa dan berfikir sama ada hendak menunggu ataupun pulang saja.

Dia berfikir sebentar dan memutuskan untuk menunggu ATM tersebut okay. Tak tau berapa lama, dia teruskan menunggu. Selama menunggu, Azam berasa lenguh mungkin kerana duduk terlalu lama. Hatinya kemudian berbicara lagi.

"Daripada duduk tak ada apa yang aku dapat bagus cari kedai kasut, survey mana tau ada yang berkenan."

Ada saja yang dia fikirkan untuk mengelakkan dirinya dilanda kebosanan dan kelenguhan disebabkan menunggu terlalu lama. Dia bangun kemudian berjalan menuju ke kedai kasut berhampiran ATM tadi. Hampir sejam di kedai kasut, dia pun melangkah keluar untuk ke ATM semula. Hanya beberapa langkah saja lagi nak sampai di ATM tiba-tiba....

"Eh, Azam buat apa di sini? Ambik duit?". 

Azam memandang wajah yang bersuara itu. 

"Ha'ah, ambik duit." Azam menjawab.
"ATM dah okay?" tanya Aqilah lagi.
"Tak tau pula, nak check lah ni." jawab Azam.
"Nanti kalau dah okay bagitau saya ya." Pesan Aqilah kepada Azam.
"Mmmm, okay." Jawab Azam ringkas.
"Okay, saya jalan dulu." Aqilah kemudian beralu pergi.

Sempat dia melontarkan senyuman kepada Azam sebelum jalan bersama seorang kakak senior. Azam melamun seketika dengan senyuman itu.

"Camanalah aku boleh terserempak dengan dia di sini." Bisiknya.

Azam kemudian menuju ke ATM dan tersenyum kerana ATM tersebut sudah boleh digunakan. Dia pun mengeluarkn duit sesuai dengan keperluannya sehari-hari dan untuk membayar sewa rumah. Azam teringat pesan Aqilah tadi agar memberitahunya jika ATM dah boleh digunakan. Dia pun mengeluarkan handphone dari sakunya dan membuka aplikasi BBM. Ibu jarinya bergerak laju mencari nama Aqilah dan menaip pesan.

Assalammualaikum. Aqilah, ATM dah okay ni.

Tak sampai seminit pesanannya dibalas dan mereka berbalas pesan melalui handphone.

Aqilah: Okay, thanks Azam. Kamu masih di sana?
Azam: "You're welcome. Ya, tapi kejap lagi saya nak balik." 
Aqilah: Hmmmm, esok sajalah saya ambik kalau macam tu.
Azam: Owh, okay....
Aqilah: Ermmmm....

Azam berhenti membalas mesej Aqilah. Dia melambai angkot dan menaikinya untuk pulang ke rumah. Sampai di rumah, Azam terus merebahkan dirinya di tempat tidur. Handphonenya dibuka lagi kemudian membaca semula chat antara dia dan Aqilah tadi. Bukan kali pertama dia berkelakuan seperti itu. Sering saja dia membaca chat Aqilah kepadanya yang sudah lepas. Dia merasa ada sesuatu yang membuatnya sentiasa memikirkan gadis manis yang kadang perangainya menunjukkan agak nakal dan keanak-anakkan itu kerana sering dia mengusik Azam sama ada di depan ataupun melalui chat dengan pertanyaan yang entah apa. Ada yang penting dan kadang hal tak penting pun dia tanyakan. Pernah dulu sewaktu di kantin Azam duduk menunggu pesanan makanannya. Sambil menongkat dagu melihat handphonenya tiba-tiba dia ditolak oleh Aqilah menggunakan beg kerana inginkan ruang untuk duduk di sebelah. Aqilah memandangnya dan berkata,

"Nak duduk sini lah. Tepi sikit. Kamu dah order? Makan apa?"
"Ishhhh, dia ni!" bisik hati Azam. "Dah! Nasi goreng." Jawab Azam sedikit kasar.
"Okay." Balas Aqilah sambil melirik Azam dengan senyumannya seperti tak bersalah.

Fitri, Ihsan dan Syera yang juga ada bersama ketka itu tersenyum melihat gelagat mereka berdua yang tiap kalinya seperti itulah.

Azam bangun dari tempat tidurnya kemudian membuka laptopnya. Dia membuka laman web movie pilihannya. Dia membuka cerita genre history. Menjadi kegemarannya menonton filem bergenrekan history, kerana baginya sejarah adalah satu hal yang harus dipelajari walaupun mata pelajaran sejarah tidak dia minati. Mungkin kerana lebih senang menonton daripada membaca buku sejarah.

* * * * * * * *







Comments