Hari berganti hari Azam memerhati dan menghadam setiap apa yang dilontarkan oleh pensyarah kepada semua mahasiswa di kelasnya. Tak cuma kata-kata pensyarah, Azam juga menangkap setiap kata-kata yang keluar dari mulut teman-teman kelasnya. Sambil mendengar, tangannya pula tak berhenti menulis di lembaran buku buruknya. Pernah dia terlupa membawa buku catatannya, dia menulis di resit bekas pembeliannya di supermarket kerana tak biasa meminta lembaran kertas dari orang lain. Sudah terbiasa dia begitu sejak belajar di sebuah 'penjara' baginya yang mana di penjara itu lah dia belajar macam-macam tentang kehidupan. Menulis apa saja yang dia kira perlu dan penting. Dia begitu disebabkan pada mulanya dia tertarik dengan sikap seorang ustaz yang juga pensyarahnya, sering mencatat apa saja yang didengarinya dari ceramah di masjid. Jika tak di kertas, beliau akan mengeluarkan handphone sebagai ganti tempat mencatat. Azam juga kadang mencatat menggunakan handphonenya tapi tidak di kelas ataupun ketika ceramah di masjid kerana khuatir akan disalah tanggap oleh orang yang melihatnya.
Setelah boleh dikatakan Azam mengenali kawan-kawan baru dari kelasnya, dia juga sudah tahu cara fikir segelintir dari mereka sehinggakan Azam sering bersuara jika dibuat diskusi terbuka yang mana sering dibuka satu isu kemudian bebas mengeluarkan pendapat masing-masing. Berbeza dengan yang lain, Azam mempunyai cara tersendiri ketika dibuka satu isu. Dia hanya membiarkan yang lain mengemukakan pendapat dan mengeluarkan sanggahan dan bantahan. Dia tahu pasti akan terjadi hura-hara dan ketika itulah Azam akan mengangkat tangan minta izin untuk berbicara. Dia akan menjelaskan fakta dari sebuah isu tersebut kemudian menjelaskan baik buruknya dan akhir sekali memutuskan mana yang terbaik sekaligus membuat kesimpulan. Setiap kali dia menutup bicara pasti akan dimeriahkan dengan tepukan yang gemuruh dari orang-orang kelasnya tanda setuju dari apa yang dikatakan oleh Azam sekaligus menutup segala keributan yang berlaku.
Meskipun selalu menyibukkan dirinya dengan belajar, dia tak lupa untuk membantu sahabat-sahabat seperantaunnya jika ada masalah dalam pelajaran terutamanya. Azam juga tak lupa untuk riadah. Badminton menjadi pilihan utamanya kerana ia merupakan sukan kegemaran keluarganya. Setiap jumaat dan ahad malam, mahasiswa Malaysia akan meluangkan masa untuk bermain badminton di arena kampus. Semua pelajar Malaysia lelaki perempuan akan meluangkan masa turun gelanggang untuk riadah walaupun jumlah perempuan tak lah begitu ramai. Sedang asyik warming-up sementara menunggu giliran bermain, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.
"Zam, pinjam raket."
"Eh, Iqbal. Ambil lah dalam beg tu. Semua tu aku punya," ujar Azam sambil tersenyum.
"Okay Zam. Eh, Zam. Aqilah cakap sampaikan salam dekat Azam." Sambil mengenyit mata.
Raut wajah Azam berubah dan merah malu sambil memandang Aqilah yang berada jauh sedikit di gelanggang dua. Kemudian berpesan kepada Iqbal tetapi dengan suara agak keras sehingga dapat didengari oleh Aqilah sendiri.
Raut wajah Azam berubah dan merah malu sambil memandang Aqilah yang berada jauh sedikit di gelanggang dua. Kemudian berpesan kepada Iqbal tetapi dengan suara agak keras sehingga dapat didengari oleh Aqilah sendiri.
"Cakap dengan dia, dah kenapa gila malam-malam ni nak kirim salam?"
Iqbal ketawa sambil berkata pada Aqilah.
"Hahahaha! Dengar tu Qilah apa dia cakap? Aku dah sampaikan salam kau okay." Teriak Iqbal pada Aqilah.
Dari jauh Azam melihat Aqilah memuncungkan bibir dan sedikit kesal kerana responnya yang cuma membuat dia malu apalagi setelah ditertawakan oleh Iqbal.
Selepas bermain badminton, Azam biasanya akan singgah di warung nasi goreng bersama housematenya Iman yang juga minat dengan badminton. Tak hairanlah setiap minggu mereka akan ke gelanggang bersama. Cuma Iman lebih kerap turun berbanding Azam yang kadang lebih banyak menghabiskan waktunya di bilik dengan menulis dan membaca sambil mendownload movie sebagai hiburannya ketika ada waktu lapang. Sedang menunggu nasi goreng yang dipesan siap, dia teringat balik peristiwa di gelanggang tadi bila Iqbal menyampaikan salam Aqilah kepadanya. Masih terbayang olehnya reaksi Aqilah bila respon yang diberikannya membuatkan gadis itu kesal. Hatinya bersuara.
"Kenapa Aqilah ni? Dalam kelas selalu tanya benda yang kadang tak berapa penting sangat. Kadang berani usik aku. Dan tadi boleh pula kirim salam dengan aku padahal aku ada di sana. Aqilah, Aqilah, Aqilah. Mungkin....", hatinya terhenti bermonolog setelah pesanannya siap.
Dia mengambil sudu dan garpu kemudian menyuap sedikit demi sedikit nasi goreng kegemarannya ke dalam mulut. Namun dia tetap terfikir lagi tentang Aqilah. Dia bermonolog semula.
Dia mengambil sudu dan garpu kemudian menyuap sedikit demi sedikit nasi goreng kegemarannya ke dalam mulut. Namun dia tetap terfikir lagi tentang Aqilah. Dia bermonolog semula.
"Mungkin, Aqilah su........ Eh! Tak mungkin, tak mungkin. Apa yang aku merepek ni."
Dia meneruskan suapan nasi gorengnya dengan cepat sehingga habis dan pulang ke rumah setelah memberikan wang 10 ribu rupiah kepada peniaga nasi goreng yang sudah mengenalinya kerana sering makan di sana.
Dia meneruskan suapan nasi gorengnya dengan cepat sehingga habis dan pulang ke rumah setelah memberikan wang 10 ribu rupiah kepada peniaga nasi goreng yang sudah mengenalinya kerana sering makan di sana.
Sampainya di rumah, dia terus mandi dan bersiap untuk menulis. Laptopnya dibuka. Langsung dia mencari tulisannya sebelum ini kemudian melanjutkannya. Sedang asyik menulis tiba-tiba peristiwa tadi terlintas semula di fikirannya.
"Ahhhh! Sudah. Dah kenapa aku tengah malam ni pandai pula terfikir benda merepek macam ni? Arghhhh!"
Dia menutup bukaan laptopnya kemudian merebahkan dirinya ke katil. Diambilnya bantal untuk menutup wajahnya dan berteriak lagi agar tak didengari oleh kawan serumahnya. Entah kenapa dia tak dapat berhenti memikirkan hal tadi sehinggalah dia tertidur dalam keadaan lampu masih terbuka.
Dia menutup bukaan laptopnya kemudian merebahkan dirinya ke katil. Diambilnya bantal untuk menutup wajahnya dan berteriak lagi agar tak didengari oleh kawan serumahnya. Entah kenapa dia tak dapat berhenti memikirkan hal tadi sehinggalah dia tertidur dalam keadaan lampu masih terbuka.
********

Comments
Post a Comment