Cerita Kelmarin


Aku nak tepati janji aku kelmarin akan tulis something about me. Lagipun aku memang dah ada something nak cerita. Dari beberapa hari lepas aku memang depressed sebab kecewa sangat tapi aku tetap cuba untuk sabar dan kawal perasaan aku. Sebab aku kalau dah marah memang macam-macam benda tak patut aku akan buat kadang sampai mencarut keluarkan kata-kata yang kesat dan kotor. Kecewa sebab apa sampai depressed tu? Biarlah rahsia.

          Disebabkan depressed sampai mengakibatkan depression pada diri sendiri, jujur aku cakap memang aku akan menangis dalam jangka masa yang agak lama sampailah aku tertidur. Penat kot menangis. Ingat jadi security guard saja yang penat? Lebih kurang 6 bulan yang lepas, aku cari solution untuk masalah aku ni yang setiap kali depressed confirm nangis. Tak kiralah disebabkan study, family, hubungan, cinta. Eh, cinta? Termasuk kah? Tak kiralah, pokoknya aku akan nangis kalau dah depressed yang melampau. Tapi aku nangis sorok-sorok lah. Kalau depressed dalam kelas, aku balik rumah dulu pastu masuk bilik baru nangis.

          Apa solution untuk masalah ni? BERSENAM. Mesti ramai yang akan pandang remeh dengan benda ni padahal memang ternyata bersenam mampu menjadi ubat kepada mereka yang stress mahupun depressed. Jangan ingat bersenam hanya untuk fizikal saja. Tapi juga untuk mental. Tak salah lah apa yang disebut dalam pepatah Arab yang berbunyi,

العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسِْم السَّلِيْمِ
(al'aqlus salim fil jismis salim)
Akal yang sehat itu terletak pada badan yang sehat.

          Pertama kali aku nak jadikan bersenam sebagai pemecah segala stress dan depression, aku masuk gym. Aku memang dah lama main gym sebenarnya tapi tujuan aku masuk gym bukan nak jadi sado. Cuma nak cutting body saja pun. Sebab aku tak minat badan besar ketul-ketul ni. Cukuplah tak gemuk, perut tak buncit, pipi tak chubby walaupun chubby tu cute, aku tetap nak elakkan. Sebab kalau aku yang chubby memang tak sesuai. Tapi untuk konsisten main gym ni bagi aku mesti ada partner barulah akan berterusan. Dulu aku ada partner, senior aku sendiri merangkap bakal abang ipar aku. Tapi sekarang aku pun tak tau lah. Adakah dia akan jadi abang ipar aku ataupun tak. Aku harap jadilah. Sorry menyimpang. Lepas dia dah konvo so aku stop main. And then masuk pula student baru, so ada sorang junior tengok muka memang muka telan besi. Tapi dah setahun dia kat sini barulah dia jadi partner gym aku. Badan memang sado dari aku sebab dia memang obsess gila dengan besi. Sehari dia tak pegi gym, badan dia akan timbul bintik-bintik merah sebab alergi. Eh, gurah jelah. Pokoknya dia memang sado.

          Dengan pegi gym, stress dan depressed aku kurang lah. Tapi aku try satu lagi cara iaitu buat free run. Mulanya aku cuma jogging area terdekat. Tapi kali ni aku try buat larian solo dalam jarak jauh. Setakat ni paling jauh pernah aku try 20KM berlari dan jalan kaki kalau dah semput. Penat memang penat tapi ada kepuasan bila dah capai jarak yang tak pernah dibuat.

Map Cibiru ke Jatinangor

Map Cibiru ke Cicaheum

          Bagi aku free run ni best sebab bukan cuma nak bina stamina dan pernafasan. Tapi sambil lari tu kita boleh nampak macam-macam ragam manusia di sepanjang perjalanan kita. Ada yang berjualan di pinggir jalan dan ada juga yang berjualan dengan gerobak yang didorang sepanjang hari dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada yang terlihat lelah bekerja mengangkat beban berat. Ada yang resah gelisah melihat jualan yang tak berkurang dari awal pagi dan banyak lagi. Dari lelah jauh perjalanan tanpa kenderaan tu juga membuatkan aku terfikir bagaimana orang yang tak ada kenderaan atau tak mampu nak naik kenderaan berbayar dan terpaksa berjalan kaki?  Sepatutnya mereka semua yang aku nampak lebih tertekan dari aku. Dan dari situ aku dapat something yang boleh aku jadikan pengajaran dalam hidup aku. Yang mengalami stress dan depression tu bukan cuma aku saja sebenarnya. Tapi ramai lagi tapi terpulang bagaimana cara untuk kita mengendalikannya.

          Penyebab tak sihatnya mental kita adalah lemahnya kita sehingga tunduk dengan tekanan perasaan dan terlalu mengikutkan kemahuan hati. Terlalu memikirkan yang tak seharusnya untuk difikir sehingga overthinking. Kalau dah overthinking hati confirm tak tenang sampai tak tidur malam. Tu pengalaman aku sendiri lah. Tak dinafikan aku memang sering overthinking tapi kadang apa yang bermain di fikiran aku bukan sebab overthinking. Tapi disebabkan benda yang aku tak suka tapi aku nampak dengan jelas dan nyata dan aku tau sesuatu benda tu. Tambah pula bila orang lain katakan A tapi hakikatnya adalah B. Dan aku tau hakikatnya adalah B tapi dia berkeras juga katakana A. Dalam erti kata yang sama seseorang tu berbohong dengan aku. Apa lagi bila dia berbohong berulang-kali. Mesti sakit hati kan bila kita dah tau benda sebenar tapi orang tu tetap teruskan juga tipuannya. Kalau dulu aku memang akan tembak terus orang yang macam ni tapi sekarang kena matang dalam tindakan.

          Tu sajalah dulu untuk hari ni. Ada benda lain aku kena buat untuk assignment aku dan sebagainya. Nanti aku sambung lagi.


Comments