Hari Minggu

Boleh dikatakan memasak adalah salah satu kerja yang membuat aku senang. Bukan kerana dengan kebolehan aku boleh memasak aku boleh makan apa saja yang aku suka. Kalau malas tak jadi juga kan. Tapi senang apabila setiap hidangan yang aku masak dapat dirasakan oleh orang lain apalagi jika yang merasa tu adalah orang yang benar-benar memerlukan. Hal yang membahagiakan aku dalam memasak pula adalah jika aku dapat memasak sesuatu untuk orang yang aku sayang. Dan aku tak pernah keberatan apabila orang yang aku sayang meminta aku memasak sesuatu untuknya.

Disebabkan hari ni adalah hari Ahad, hari untuk aku berehat setelah lelah 6 hari kuliah. Kebiasaannya aku akan meluangkan masa untuk membeli-belah barang keperluan harian di supermarket dan bahan mentah di pasar minggu.

Pasar minggu? Okay, aku nak cerita sikit pasal pasar minggu di tempat aku tinggal ni. Selama aku kuliah di Tanah Jawa ni aku sewa rumah di sebuah desa. Desa Cipadung namanya. Dulu tinggal berlapan dalam sebuah rumah. Masuk tahun kedua, tiga orang dari kami pindah. Dan akhirnya semua pindah walaupun aku memang taknak pindah sebab rumah yang sebelum ni sudah cukup selesa bagi aku. Sekarang aku dah tinggal berdua dengan kawan aku dalam satu rumah. Rumah sekarang ni boleh dikatakan selesa juga lah.

Okay, berbalik pasal pasar yang aku nak cerita tadi. Nama pasar ni Pasar Manglayang buka pada setiap hujung minggu. Uniknya pasar ni dibuka setelah subuh dan berada di pinggir jalan sepanjang puncak bukit. Barang yang dijual juga macam-macam. Dari bahan mentah,  barang dapur, pelbagai kelengkapan, perkakas, service sehinggalah alat elektronik. Bestnya juga sebab boleh tawar-menawar.

Tadi aku gerak awal dan benda pertama yang aku cari bila di Pasar Manglayang ni adalah petai. Makanan favourite aku walaupun aku baru pandai makan petai masa tahun kedua aku di sini. Sebab ada someone yang ajar makan petai ni. Mulanya dia nak aku masakkan dia sambal. Pastu dia minta masak sambal petai pula. Yang aku tau petai ni busuk tapi tak pernah rasa lagi pun. Tapi demi dia aku tak pernah tolak setiap kali dia nak minta masak. Untuk pertama kalinya aku masak sambal petai dan pertama kalinya juga aku makan petai. Tak mengecewakan. Memang sedap rupanya petai ni apalagi kalau dibuat sambal. Tapi yang penting dia suka dan memang tengok dia berselera makan masa tu. Satu penghargaan bagi aku bila dia makan masakan aku dengan berselera sekali. Sebab tu aku tak pernah bosan untuk masakkan dia macam-macam.

Banyak lagi nak cerita sebenarnya pasal ni tapi ada masalah sikit campur rasa penat dan sedikit tertekan. So tulis pun tak panjang sangat. Lain hari aku akan sambung lagi.






Comments