CARA MEMINDAHKAN APLIKASI DI INTERNAL STORAGE KE EXTERNAL STORAGE/SD CARD PADA HP ANDROID

Assalammu'alaikum kepada pembaca semua. Kali ni buat pertama kalinya aku cuba untuk menulis artikel yang agak berbeza sedikit iaitu berkaitan dengan permasalahan pada handphone. Aku menulis artikel ni disebabkan pengalaman aku sendiri dan pertanyaan dari rakan-rakan aku yang mengalami masalah tersebut bagaimana penyelesaiannya.

Baik, ramai yang mengalami masalah internal storage penuh disebabkan sudah terlalu banyak aplikasi yang didownload terutama di kalangan para gamers tegar Android yang mana untuk mendownload game sangat mudah boleh didapatkan di Playstore. Namun ketika mendownload sebuah aplikasi kita terpaksa delete aplikasi lainnya agar dapat memuat aplikasi yang baru lagi.

Di sini aku mencuba untuk mencari solution for this problem. Untuk memudahkan rakan-rakan pembaca, aku masukkan gambar dari screenshot handphone aku agar mudah untuk difahami.



STEP 1
Buka menu cari “Settings”.


STEP 2
Tap “Applications”.


STEP 3
Tap “Application manager”


STEP 4
Pilih satu apps yang ingin dipindahkan ke SD Card. Sebagai contoh di sini saya memilih satu apps atau game iaitu Scream Go. Tap Scream Go.


STEP 5
Kemudian tap “Storage”


STEP 6
Tap “CHANGE”. Sebelum tu,tengok anak panah jingga. Di sana tertera “Internal storage”.


STEP 7
Tap “SD card”.


STEP 8
Tap “MOVE >”.


STEP 9
Boleh lihat anak panah jingga. 

Sekarang sudah bertukar menjadi “External storage”. Itu menandakan anda dah berjaya memindahkan apps tersebut dari Internal Storage ke SD Card. Semoga bermanfaat.


Comments