Bertemu Ibu Sri Sambalado


Hari tu dalam group Whatsapp ada kawan share video seorang ibu di Indonesia yang ngamen sambil bawa anak. Ngamen ni maksud dia lebih kurang macam penghibur jalanan. Main alat muzik dan menyanyi untuk mendapatkan imbalan wang kebiasaannya. Selepas melihat video tersebut saya pun mencarinya di Youtube. Tajuk video tu SANG PENGAMEN JALANAN IBU SRI BAGUS BANGED NYANYI SAMBALADO Ayu Ting ting. Ternyata ibu ini sudah pernah diundang di dalam beberapa program TV Indonesia. Saya kagum dengan suara beliau dan pengorbanannya untuk menyara hidup.

Keesokan harinya saya dan  rakan-rakan sudah merancang untuk pergi ke Pasar Manglayang yang berada di Kecamatan Cibiru Bandung untuk menikmati buah kelapa segar sambil mengambil gambar. Pasar ni berada di bukit dan di sepanjang bukit naik ke atas ini lah para peniaga menjual banyak barang keperluan dengan harga yang murah.

Setelah habis minum air kelapa kami pun turun sambil mencari barang keperluan yang nak dibeli. Dalam perjalanan tiba-tiba rakan saya Hafiz memanggil saya katanya ada ibu dalam Youtube yang saya tonton semalam. Pada mulanya saya kurang percaya, tapi setelah mendengar suara dan melihat orangnya saya rasa macam tak percaya. Terus saya dan rakan saya tadi memanggil rakan-rakan yang lain untuk melihat siapa yang kami temui di Pasar Manglayang. Kami pun minta ibu tersebut untuk menyanyikan sebuah lagu yang berjudul "Secawan Madu" seperti dalam video yang saya rakam ni.

Bagi saya, beliau mempunyai aura yang lebih hebat daripada ribuan artis yang ada...

Comments