Time tu dia dimarah oleh bapa dia sebab lambat bangun. Apa tidaknya bangun jam 9 a.m waktu Sabah. Dengan mata masih berkerak yang mengalahkan kerak nasi dia terus buka kitab elektronik (laptop lah tu). Dia mula membuka laman Facebook lalu menaip di satu petak atas...
Dalam taipannya dia menaip "bengang aku ngan bapa aku tu, baru je bangun tidur dah kena khutbah. Senang-senang je
kata aku ni anak dara pemalas. Bapa aku tu tak tau ramai lagi yang lebih pemalas dari aku. Huhhh!!!".
Lebih kurang 30 detik dah ada yang komen dan yang komen tu semua perangai cam dia.
"samalah kita"
"biasalah tu orang tua"
"padahal bapa kau pun dulu macam tu"
Tanpa fikir panjang dia terus like comment kawan-kawan dia yang tak patut tu.
Sampai datang satu comment yang bertaip...
"Tak patut cakap macam tu. Sedar tak sedar kau dah buat 3 kesalahan"
Langsung sahaja membaca comment tersebut dia terus membalas..
"kau ni apsal? Tiba-tiba pula menyampuk!!!!"
Comment tadi berbalas...
"4 kesalahan kau dah buat"
Dia terus membalas...
"Hoi mangkuk!!! kau jangan cam taik lah nak sibuk sangat!!"
Comment nya berbalas lagi..
"Eh, dah bertambah pula jadi 5. Takpa, untuk mengelakkan ia daripada bertambah, ini comment terakhir saya...
1-bangun dah lah lewat...monyet atas pokok pun bangun awal..
2-kalau dah lewat confirm Subuh goodbye...tinggal solat tak sama cam tinggal bas..
3-bapa kau marah kau tak terima. Tak cukup dengan tu, kau burukkan pula bapa kau kat ramai orang...
4-aku nasihat kau tak terima...aku bukan nak meminang pun
5-tak cukup dengan tu, kau letak inti mayonis pula dalam marah kau tadi dengan maki hamun...
Kalau kau teruskan comment kau ni mungkin akan menjadi 6 kesalahan....
(RENUNG-RENUNGKAN TAPI JANGAN TERMENUNG, APATAH LAGI DI DALAM BILIK TERMENUNG. MUHASABAH DIRI TAPI JANGAN SAMBIL BERJALAN-JALAN, TAKUT TERSADUNG DAN MENYEBABKAN ANDA REBAH)
.

Comments
Post a Comment